Write For Us

ADUN BN terus desak Selangor laksana pendidikan percuma

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
103 Views
Published
Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) terus mendesak kerajaan Selangor pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali melaksanakan pendidikan percuma di semua institusi pengajian tinggi di bawah seliaan negeri itu.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Zohdi berkata pelaksanaan pendidikan percuma perlu memandangkan rakyat Selangor dahagakan janji pilihan raya yang dibuat sebelum ini oleh kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).
"Bajet Pakatan Harapan sering menceritakan soal pendidikan percuma, tetapi saya mahu bertanya adakah bajet kali ini mempersoalkan apa yang berlaku kepada dua institusi pendidikan kerajaan negeri sedia ada.
"Saya ingat menerusi Buku Jingga pada tahun 2013, mereka meuar-uarkan memberi pendidikan percuma namun selepas berjaya perintah negeri satu pendidikan pencuma tidak diberikan.
"Kerajaan (negeri) ada Unisel dan KUIS, mengapa tidak diperjuangkan kedua intitusi ini dengan diberi pendidikan percuma terlebih dahulu?
"Jika tidak, pada saya omong-omong kosong seperti dongeng mereka," kata Budiman ketika sesi perbahasan pembentangan Bajet Selangor 2018 di sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment