Write For Us

Yuran pendidikan percuma? Lupakan - Husni

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
122 Views
Published
Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menyifatkan yuran pendidikan percuma yang diperjuangkan Pakatan Harapan dalam pembentangan bajet HARAPAN 2018 mereka, sebagai tidak realistik.
Ahmad Husni berkata tidak ada mana-mana negara yang menyediakan yuran pendidikan percuma untuk para pelajar, melainkan kerajaan terpaksa menaikkan cukai pendapatan individu bagi menampung kos yuran percuma tersebut.
"Mari kita lupakan apa yang Pakatan Harapan punya bajet. Satu saya kata, kita nak bagi yuran percuma. Di mana dunia ada yuran percuma? Negara-negara yang bagi yuran percuma, adakah ia betul-betul yuran percuma? Bukan.
"Yuran ini bukan percuma. Yuran dibayar oleh syarikat. Hanya belajar itu dapat percuma. Maknanya ada sumber untuk dibayar. Saya ada maklumat negara-negara yang bagi yuran percuma. Kita banding Jerman, Perancis, Norway, Denmark, Sweden, Finland dan Austria. Yuran percuma itu dibayar oleh syarikat..oleh individu. Cukai yang dibayar oleh individu yang paling rendah Norway 38.5% yang tinggi 57.1%.
"Cukai individu yang dibayar oleh kita adalah 28%. Bermakna kalau kita nakkan yuran yang tidak dibayar oleh pelajar, kita kena naikkan (cukai pendapatan individu). Adakah kita mahu lakukan? Kenapa buat rakyat merana? Dan yuran yang kita bagi kalau kita banding dengan negara lain adalah paling rendah. Kita masuk universiti kita belajar bidang ekonomi, kita kena belanja seorang pelajar setahun RM12,000, tiga tahun RM36n000. Yang kita bayar sendiri hanya RM1,500, itupun PTPTN bayar.
"Jadi, sebenarnya yuran percuma ini yuran itu adalah dibayar oleh orang lain hanya pelajar. Jadi lupakan, kita tak boleh lakukan," katanya dalam perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment