Write For Us

ADUN Damansara Utama 'sebak'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
136 Views
Published
ADUN Damansara Utama Yeo Bee Yin dari DAP tidak dapat menahan air mata ketika mengumumkan keputusan untuk bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-14, malam tadi.
Meskipun beliau sendiri berasal dari Segamat, Yeo mengaku sedih apabila terpaksa berpisah dengan penduduk di kawasannya.
Yeo berkata Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua memberitahu agar beliau sendiri mengucapkan selamat tinggal kepada penduduk di kawasannya.
Yeo berkata keputusan itu tidak mudah dan menyatakan beliau menyediakan skrip ucapan terlebih dahulu kerana bimbang tidak dapat mengawal emosi.
Namun ketika meminta tisu, Yeo sempat bergurau dengan mengatakan tidak elok bergambar dalam keadaan mengalirkan air mata.
Yeo, yang mengaku mahu menetap di Lembah Klang berkata beliau sedar bahawa Johor akan menjadi medan pertempuran yang sengit bagi pembangkang pada PRU14.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment