Write For Us

ADUN Ijok pilihan HARAPAN ganti Azmin sebagai MB S'gor?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Dr Idris Ahmad dikatakan menjadi calon tunggal dicadangkan oleh Pakatan Harapan untuk menggantikan Datuk Seri Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok untuk dua penggal itu didakwa mendapat sokongan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor.
Bagi PKR pula, surat sokongan dikeluarkan ibu pejabat parti berkenaan dan sudah dihantar ke istana untuk pertimbangan Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut memberi sokongan atas kapasiti beliau sebagai Presiden HARAPAN.
Memetik laporan Malaysiakini yang memetik sumber, nama Dr Idris menjadi pilihan kerana Pakatan HARAPAN Selangor berpendapat beliau adalah calon terbaik mengisi kekosongan yang ditinggalkan Azmin apabila ADUN Bukit Antarabangsa berkenaan dilantik menjadi menteri pusat.
Sumber yang dekat dengan Pakatan HARAPAN itu juga mengakui satu pihak dalam PKR pula mengemukakan beberapa nama lain untuk pertimbangan Sultan Selangor.
Antara nama yang disebut-sebut menjadi pilihan kumpulan itu ialah ADUN Sungai Tua yang juga exco negeri, Amirudin Shari, serta tokoh akademik yang juga ADUN Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin.
Menurut sumber yang enggan didedahkan identitinya itu nama Idris berada pada kedudukan teratas di kalangan pimpinan Pakatan HARAPAN Selangor serta Ibu Pejabat PKR.
Pengumuman mengenai nama menteri besar baru untuk Selangor dijangka akan dibuat selepas Aidilfitri yang disambut pada minggu depan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment