Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya Dr Afif Bahardin berkata menyamakan rusuhan Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di Subang Jaya dengan kekalahan Malaysia di pentas akhir Piala AFF Suzuki minggu lalu adalah satu penghinaan.
Kata exco Pulau Pinang itu seperti dilapor New Straits Times, ini kerana negara membicarakan tentang bagaimana untuk memecahkan tembok perkauman.
Afif berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh yang sebelum ini berkata menggesa menteri perpaduan P Waythamoorthy meletakkan jawatan susulan insiden rusuhan berkenaan adalah ibarat meminta Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meletakkan jawatan selepas pasukan Harimau Malaya kalah dalam Piala AFF Suzuki.
Syed Saddiq sebelum ini mempertahankan hak Pemuda Bersatu menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggesa Waythamoorthy dipecat.
Afif juga mempertahankan Syed Saddiq, dengan mengatakan bahawa tindakan Syed Saddiq tidak semestinya bercanggah dengan Dr Mahathir yang masih mengekalkan Waythamoorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Katanya, dalam Malaysia Baru, sebarang keputusan yang dibuat tidak semestinya betul maka kesalahan perlu diperbetulkan.
Jelasnya lagi, ini yang membezakan Pakatan Harapan dengan pentadbiran sebelum ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment