Write For Us

Pasal isu PAS, Afif bidas Rafizi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
132 Views
Published
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Dr Afif Bahardin hari ini membidas kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mencadangkan kongres khas dibuat bagi menyelesaikan isu rundingan dengan PAS.
Dalam satu kenyataan, Afif berkata Rafizi sepatutnya memberi cadangan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution agar mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dengan segera memandangkan kali terakhir ia diadakan pada 19 Mei yang lalu.
Malah, ADUN Seberang Jaya itu juga berkata, cadangan untuk mengadakan kongres khas dilihat mustahil sekiranya tiada alasan yang kukuh kerana ketika ini semua tenaga kerja adalah bagi menghadapi pilihan raya umum.
Semalam, Rafizi mencadangkan PKR mengadakan kongres khas bagi memutuskan sama ada mereka perlu terus berunding dengan PAS atau tidak.
Kata Rafizi, ketika ini wujud dua kumpulan saling bertentangan dalam parti itu dan masing-masing membawa pendapat berbeza mengenai cara bagaimana PAS perlu ditangani.
Selain itu, Afif berkata lagi, kenyataan yang dikeluarkan Rafizi itu tidak tepat dan mengejutkan anggota parti serta kepimpinan.
Malah, beliau turut menafikan dakwaan Rafizi bahawa rundingan bersama PAS merupakan keputusan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali semata-mata.
Sebaliknya, katanya, ia merupakan keputusan bersama Biro Politik PKR yang dipengerusikan presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta mendapat restu daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment