Write For Us

AG enggan ulas isu Korea Utara, tanya Najib

Loading...
Google Rank
74 Views
Published
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membungkam mengenai isu-isu berkaitan Korea Utara, sambil memetik arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Kita bimbang jika ramai orang bercakap (mengenainya) , kita akan menjejaskan rundingan kerana ia amat sensitif.
"Jadi maaf. Saya tidak boleh kata, (hanya) perdana menteri boleh bercakap dan mengulasnya,” kata kepada pemberita selepas menghadiri Kolokium Kehakiman Suruhanjaya Antara Asean mengenai hak asasi manusia (AICHR) di kuala Lumpur, hari ini.
Walaupun diasak wartawan, Apandi mengulangi sensitiviti isu ini.
"Arahan perdana menteri adalah bahawa hanya dia atau timbalan perdana menteri boleh memberi komen kepada media," katanya.
Apandi, sebelum ini, enggan mengulas dan menyatakan sama ada beliau menyedari bahawa kerjasama kerjaan ada memohon bantuan Jepun dan Korea Selatan berhubung siasatan ke atas pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.
"Saya tidak tahu, saya benar-benar tidak tahu," katanya ketika ditanya sama ada Jepun telah mmbekalkan cap jari Jong-nam untuk tujuan pengenalan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment