Write For Us

Maszlee enggan ulas isu pembelajaran Jawi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
107 Views
Published
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik enggan mengulas isu pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular.
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu terus beredar meninggalkan sidang media sebaik soalan berkenaan diajukan pengamal media sebelum memasuki kenderaan rasminya selepas sesi lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Keramat Wangsa di Kuala Lumpur, pada Khamis, 2 Januari.
Sebelum ini, Kabinet mengekalkan keputusan untuk meneruskan pembelajaran tulisan Jawi dalam subjek Bahasa Melayu kepada murid Tahun 4 di sekolah vernakular mulai tahun ini namun perlu mendapat persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa.
Keputusan itu dimuktamadkan selepas Kabinet sekali lagi membincangkan mengenai perkara berkenaan pada 14 Ogos lalu.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment