Write For Us

Khat Jawi di sekolah vernakular bukan proses Islamisasi - Maszlee

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
99 Views
Published
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata langkah kementerian itu memperkenal tulisan khat dalam sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu Darjah 4 bukan bertujuan mewujudkan proses Islamisasi di sekolah vernakular.
Beliau berkata sesetengah pihak tidak sepatutnya melihat pengenalan Jawi sebagai proses asimilasi budaya.
“Jika kita (rakyat) melihatnya sebagai pengenalan khat sahaja, ia akan mengundang kemarahan sesetengah kumpulan masyarakat.
“Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak yang membantah tetapi bagi mereka (pihak yang membantah) semua yang dilakukan oleh kerajaan pasti ada ‘udang di sebalik batu’” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya Kuala Lumpur, semalam.
Kementerian pendidikan dalam satu kenyataan Khamis lalu menjelaskan pengenalan tulisan khat adalah untuk memupuk gaya penulisan yang indah.
Keputusan tersebut membabitkan pelaksanaan seni khat dalam buku teks murid Tahun Empat menjelang tahun hadapan.
Selain itu, Maszlee turut berkata pengenalan tulisan khat adalah usaha untuk pelajar sekolah mengenali warisan dan identiti negara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment