Write For Us

Dr M ulas khidmat Maszlee sebagai Presiden UIA

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
88 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak ada masalah dengan pelantikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menjadi presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Menurut perdana menteri tugas Maszlee itu - walaupun dilihat terdedah kepada faktor konflik kepentingan - boleh dipantau.
Ditanya kemungkinan tugas berkenaan dipantau oleh menteri lain untuk menyediakan mekanisme semak dan imbang, Dr Mahathir menjawab: "(Malah) ada kabinet pun."
Kata perdana menteri jika ada permohonan daripada UIA untuk mendapatkan dana daripada Kementerian Pendidikan, ia akhirnya akan diputuskan oleh Kementerian Kewangan.
"Mereka yang mesti meluluskannya (sebelum ia boleh disalurkan ke UIA)," katanya semasa diwawancara Malaysiakini dan Sinar Harian.
Maszlee ialah anggota parlimen Simpang Renggam dan sebelum itu dikenali sebagai ahli akademik yang berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh, UIA.
Semalam UIA mengumumkan pelantikan Maszlee sebagai presiden universiti berkenaan dan menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.
Antara lain disebabkan beliau pernah menegaskan keperluan sesebuah universiti diberikan autonomi bagi memastikan kecemerlangan akademiknya dikembalikan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment