Kerajaan akan mengkaji semula pelantikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mahathir berkata demikian dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan.
Bagaimanapun, tidak jelas sama ada semakan semula itu akan dibuat oleh HARAPAN atau kerajaan.
Pelantikan Maszlee itu mengundang kritikan kerana ia dikatakan melanggar janji HARAPAN untuk membebaskan institusi pengajian tinggi daripada pengaruh politik.
Langkah itu bukan sahaja dikritik pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil tetapi juga suara-suara dari dalam gabungan parti memerintah sendiri.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment