Write For Us

Anwar ulas pelantikan Wong sebagai Pengerusi Seda

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
76 Views
Published
Pelantikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Wong Kah WOh sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (Seda) tidak melanggar manifesto pilihan raya PH.
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata demikian ketika ditemui pada majlis simposium ekonomi di bangunan parlimen hari ini.
"Kami ikut manifesto," kata Lim ketika diminta mengulas lanjt mengenai pelantikan Wong ke dalam Seda.
Lim menggesa media untuk memeriksa isi kandungan manifesto PH.
Pakatan Harapan dalam manifesto pilihan raya umum lalu berjanji untuk memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dibuat berasaskan kelayakan profesional dan bukan atas dasar politik.
Manifesto PH tidak menyebut pelantikan ahli politik ke dalam institusi kerajaan.
Presiden PKR Anwar Ibrahim juga menolak teguran terhadap pelantikan Wong itu.
"Seda bukan syarikat berkaitan kerajaan. Ia badan berkanun. Ia juga bukan entiti perniagaan," kata Anwar pada sidang akhbar selepas menghadiri simposium berkenaan.
Wong dilantik sebagai pengerusi baru Seda berkuatkuasa 1 Julai lalu, menggantikan Ahmad Fauzi Hasan.
Ketika mengumumkan pelantikan itu, Seda berkata sebagai anggota parlimen, Wong boleh memberikan pandangan dan cadangan dalam soal merangka dasar melalui debat dan ucapannya.
Bagaimanapun Pengerusi Bersih Thomas Fann berkata Wong - selaku timbalan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara - berisiko terikat dengan eksekutif melalui pelantikan itu.
Wong bagaimanapun berjanji akan mengecualikan dirinya daripada siasatan PAC terhadap Seda jika ia berlaku.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment