Write For Us

'Jangan jadikan pelantikan Fizwan sebagai isu'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
134 Views
Published
Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian mahu semua pihak tidak menjadikan pelantikan belas anggota Umno, Fizwan Rashidi sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Johor sebagai isu kerana keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa perkara.
Bernama memetik Osman sebagai berkata pelantikan bekas Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi itu dibuat selepas beliau berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri.
Beliau berkata Fizwan yang juga merupakan seorang penjawat awam kerajaan negeri Johor memiliki pengalaman luas sebagai Setiausaha Sulit kepada beberapa Menteri Besar Johor sebelum ini.
Osman berkata dengan mengambil orang baharu tiada pengalaman akan menyusahkan memandangkan kerajaan Johor merupakan kerajaan baharu yang perlu melaksanakan banyak kerja mustahak dengan seberapa segera.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kononnya Fizwan mempunyai hubungan rapat dengan Barisan Nasional (BN) dan dipercayai anggota Umno sehinggakan pelantikannya kurang disenangi segelintir pihak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment