Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali yakin bahawa pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang baru adalah berdasarkan merit dan bukannya ideologi politik.
"Saya agak pasti pelantikan itu berdasarkan merit. Latheefa sudah berada dalam perundangan selama berdekad jadi saya pasti pelantikan itu dibuat berdasarkan merit dan semestinya bukan berdasarkan ideologi politik.
"Dia sudah lama tidak aktif dengan parti kerana dia sangat sibuk, terlalu sibuk dengan hal perundangan di mahkamah, jadi saya fikir kita perlu beri dia peluang untuk berkhidmat dengan badan itu (SPRM)," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka perdana menteri sempena sambutan Aidilfitri di Seri Perdana pada Rabu.
Azmin, yang memaklumkan bahawa dia tidak menghadiri mesyuarat kabinet baru-baru ini kerana baru pulang dari mengerjakan umrah, menambah bahawa dia mendapat tahu mengenai pelantikan Latheefa melalui media.
Latheefa, seorang peguam dan bekas ahli PKR, menggantikan Shukri Abdull, yang memohon perkhidmatan kontraknya dipendekkan lebih awal sebelum kontrak berakhir 17 Mei 2020.
Pelantikan Latheefa yang diumumkan semalam berkuat kuasa 1 Jun lalu untuk kontrak selama dua tahun.
Bagaimanapun, pelantikan Latheefa dikritik oleh ahli politik dari kalangan PH dan pembangkang serta aktivis yang mempersoalkan peguam itu kerana sebelum ini merupakan ahli PKR dan pernah memegang jawatan dalam parti.
Meskipun Latheefa kemudian mengumumkan bahawa dia sudah keluar dari PKR apabila mendapat tahu akan dilantik menjadi ketua pesuruhjaya SPRM, pengkritiknya masih tidak berpuas hati.
Jawatankuasa Khas Pemilihan Parlimen juga mendedahkan bahawa mereka tidak maklum dengan pelantikan itu.
PH dalam manifesto pilihan rayanya berjanji bahawa pelantikan utama dalam agensi termasuk SPRM perlu diluluskan oleh jawatankuasa parlimen yang sesuai.
Dalam perkembangan terbaru hari ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa beliau sendiri memilih Latheefa tanpa berbincang dengan kabinet.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment