Write For Us

Azmin ulas isu jambatan bengkok di Johor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
97 Views
Published
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata jambatan bengkok merupakan usul yang dibawa oleh Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian dan belum dibawa kepada kerajaan persekutuan.
Azmin yang mengakui kerajaan persekutuan kini mempunyai cabaran kewangan menegaskan bahawa keutamanaan diberikan kepada infrastruktur yang memberikan kelebihan kepada rakyat seperti hospital dan sekolah.
Azmin turut berkata pihaknya akan meneliti proposal dari kerajaan negeri Johor mengenai perkara itu bagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada projek rakyat.
Semalam Osman berkata salah satu projek utama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu jambatan bengkok yang menghubungkan Johor dengan Singapura, mungkin menjadi kenyataan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment