Write For Us

'Agak aneh Nga gantung Noh 3 hari'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
83 Views
Published
Anggota parlimen Umno dan PAs menyifatkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming menyalahgunakan kuasanya dengan menggantung Noh Omar (BN-Tanjung Karang) selama tiga hari.
Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob berkata Noh hanya mahu mendapatkan penjelasan Nga - yang juga anggota parlimen Teluk Intan - berkenaan laporan kenyataannya yang membandingkan Umno-PAS dengan Taliban.
"Kalau serang peribadinya (selaku timbalan yang dipertua), boleh (anggap) hina dewan dan guna kuasa dia, tetapi ini mempersoalkan tindakannya di luar dewan dan tiada kena mengena dengan tugasnya sebagai (timbalan) yang dipertua.
"Dia (Nga) tak boleh gunakan kuasa sebagai timbalan yang dipertua untuk mempertahankan tindakan salahnya di luar Dewan...Saya harap timbalan yang dipertua boleh tarik balik tindakan (menggantung Noh)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Kira-kira 20 anggota parlimen Umno dan PAS bersama Ismail Sabri. Anggota parlimen PAS diketuai timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man.
Noh tiada di Dewan Rakyat ketika Nga membuat keputusannya ketika sidang bermula, pagi ini.
Ismail berkata Umno dan PAS akan terus memboikot sidang parlimen ketika giliran Nga mempengerusikannya, dan akan berbincang sama ada akan mengambil tindakan sama untuk hari seterusnya.
Nga yang juga pengerusi DAP Perak sebelum ini dilaporkan berkata Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan yang ditadbir Taliban jika Umno dan PAS membentuk kerajaan.
Beliau juga berkata kerjasama itu akan memecah-belahkan rakyat berdasarkan garis kaum dan agama.
Kenyataan itu mencetuskan kecaman daripada Umno dan PAS. Semalam, Noh berkata beliau tidak layak menjadi timbalan yang dipertua Dewan Rakyat ekoran kenyataan itu.
Ketika ditemui pemberita semalam, Nga berkata beliau tidak perlu memohon maaf dan mempersoal sama ada media mendengar kenyataan asalnya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment