Write For Us

Agong berangkat ke istiadat pembukaan penggal kedua Parlimen ke-14

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
85 Views
Published
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke istiadat pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-14.
Acara itu melakar sejarah tersendiri kerana ini kali pertama Seri Paduka berangkat merasmikan persidangan itu selepas melafaz sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan.
Keberangkatan tiba Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar sejurus selepas 10 pagi di Dataran Parlimen disambut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Turut menyambut keberangkatan Seri Paduka berdua ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S. A. Vigneswaran.
Sultan Abdullah kemudian diiringi ke Peterana Diraja sebelum lagu kebangsaan 'Negaraku' dimainkan.
Seri Paduka kemudian memeriksa kawalan kehormatan diiringi tembakan meriam 21 das.
Selesai istiadat berkenaan, Sultan Abdullah diiringi ke Bilik Diraja di bangunan Parlimen untuk sesi bergambar sebelum ke Dewan Rakyat untuk menyampaikan titah ucapan perasmian.
Sidang Dewan Rakyat bermula hari ini hingga 11 April. - Bernama
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment