Write For Us

Video: Istiadat pembukaan Parlimen penggal kelima

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Majlis Parlimen Yang Ketiga Belas berlangsung sejak awal pagi dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Muhammad Faris Petra.
Mesyuarat pertama Dewan Rakyat dijadualkan bermula 6 Mac hingga 6 April yang mengambil masa 20 hari, manakala Dewan Negara pula mengambil masa sembilan hari, bermula pada 6 Mac dan 17 hingga 27 April.
Sementara itu mesyuarat kedua Dewan Rakyat, ia akan bermula pada 24 Julai hingga 10 Ogos dan berlangsung selama 12 hari, manakalan Dewan Negara bermula 14 hingga 22 Ogos untuk tempoh enam hari.
Seterusnya, bagi mesyuarat ketiga Dewan Rakyat akan mengambil masa 25 hari bermula 23 Oktober hingga 30 November dan Dewan Negara pula bermula pada 4 hingga 19 Disember bagi tempoh 10 hari.
Waktu persidangan akan bermula seperti biasa pada jam 10 pagi sehingga 1 tengah hari dan disambung semula pada jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang. Untuk persidangan Kamar Khas adalah jam 2.30 petang hingga 4.30 petang pada hari Isnin, Selasa Rabu dan Khamis mengikut Peraturan Mesyuarat 16 (6).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment