Write For Us

Agong perkenan lantikan ahli jawatankuasa SPR baru, termasuk aktivis Bersih

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
55 Views
Published
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, Dr Azmi Sharom sebagai timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baru.
Beliau menggantikan Othman Mahmood yang memutuskan memendekkan tempoh perkhidmatannya berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Selain itu bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Ramlan Ibrahim, bekas Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia, Chin Phaik Yoong, Felo kanan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Faisal S Hazis dan pakar rujuk Bersih 2.0, Zoe Randhawa turut dilantik sebagai anggota jawatankuasa SPR yang baru.
Menurut Ketua Setiausaha Negara, Ismail Bakar pelantikan tersebut berkuat kuasa mulai tarikh mereka melaporkan diri sebagai anggota SPR sehingga mencapai usia 66 tahun selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi SPR, Othman Mahmood bersama empat anggota SPR memutuskan memendekkan tempoh perkhidmatan masing-masing berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Mereka adalah Md. Yusop Mansur, Abdul Aziz Khalidin, Sulaiman Narawi dan Leo Chong Cheong.
Seorang lagi Ahli SPR, Bala Singam Karupiah juga dipercayai telah tamat perkhidmatannya.
Menurut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan, SPR hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan lima orang anggota lain.
Azhar Azizan Harun dilantik sebagai Pengerusi SPR bagi menggantikan Mohd Hashim Abdullah yang memendekkan tempoh perkhidmatan sebagai pengerusi SPR berkuat kuasa 1 Julai 2018.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment