Write For Us

Agong, PM solat sunat raya di Masjid Negara

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
22 Views
Published
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara, di Kuala Lumpur hari ini.

Pasangan diraja itu berangkat tiba di masjid berkenaan pada pukul 8.15 pagi diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Solat sunat dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni itu turut disertai anggota Jemaah Menteri serta Timbalan Menteri bersama pasangan dan orang awam.

Ini kali kedua Yang di-Pertuan Agong menunaikan solat sunat itu di luar dari Istana Negara.

Sumber: https://www.facebook.com/masjidnegaramalaysia/videos/984549942924360
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment