Write For Us

MGPerak : Solat Sunat Tarawih Masjid Cina Ipoh Meriah, Lebih 900 Jemaah Hadir

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
26 Views
Published
SABAN tahun umat Islam berebut mengejar pahala apabila tibanya bulan Ramadan termasuklah menunaikan solat sunat tarawih setiap malam.

Lensa MG Perak sempat merakam suasana penduduk sekitar Taman Tasek Jaya, Ipoh, yang memenuhi ruangan saf Masjid Muhammadiah atau lebih dikenali dengan nama Masjid Cina Ipoh menunaikan solat sunat tarawih pada malam pertama Ramadan.

Terletak di Taman Tasek Jaya Ipoh, Masjid Cina Ipoh ini dibina sebagai surau kecil sebelum dinaik taraf kepada masjid pada 21 Disember 2007 dengan menggunakan reka bentuk seni bina kebudayaan cina di mana atap serta kepakarannya dibawa dari negara China.

Dengan menggunakan reka bentuk seni bina kebudayaan cina, Masjid Muhammadiah telah berjaya menarik ramai pelancong sama ada dari dalam ataupun luar negara datang melawat ke Masjid itu. - MGPerak

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment