Write For Us

Ahli Akademik kritik pemberian BRIM, lebih menyusahkan rakyat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
190 Views
Published
Pensyarah kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia, Dr Mohd Yusof Saari mengkritik pemberian BRIM sebagai lebih menyusahkan rakyat secara pasaran.
"BRIM tak perlu pun tak apa. BRIM lebih menyusahkan rakyat secara pasaranya. Dapat RM1200 setahun nak keluar poket sendiri RM 3000, barang naik. Itu kita tak nampak.
"Kita tak cadang begitu, sepatutnya jangan bagi BRIM tapi bagi subsidi makanan" kata Yusoh ketika menjadi panelis dalam Forum Belanjawan 2018: Di Mana Keistimewaan Bumiputera malam tadi anjura Perkasa.
Menurut Yusof lagi, subsidi makanan perlu untuk rakyat marhaen yang banyak belanja untuk membeli makanan berbanding dengan orang kaya yang lebih menghabiskan duit dengan hiburan.
Pada 30 Oktober lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata, pertambahan penerima BR1M membuktikan dasar ekonomi kerajaan gagal mengeluarkan rakyat daripada belenggu kemiskinan.
Beliau berkata, program bantuan wang tunai itu terbukti berjaya jika penerima BR1M semakin berkurangan, bukannya meningkat.
Katanya, bermula dengan 4.1 juta penerima BR1M pada 2012, pentadbiran Barisan Nasional (BN) bukan sahaja gagal mengurangkan jumlah itu, sebaliknya ia bertambah 2.9 juta penerima sejak 5 tahun lalu kepada 7 juta penerima.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment