Write For Us

Ahli pasukan petugas khas: Tak boleh puaskan semua, kata PM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
66 Views
Published
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mempertahankan pemilihan anggota pasukan petugas khas yang dilantik untuk menyiasat kehilangan Amri Che Mat dan pastor Raymond Koh.
Katanya dalam setiap keputusan diambil kerajaan akan ada pihak yang tidak berpuas hati dengannya.
Justeru kata Mahathir pada masa sama ada pihak yang bersetuju dengan pemilihan kerajaan.
“Kita tak boleh puaskan hati semua orang, tapi sesetengah orang akan gembira, dan sesetengah daripadanya akan tidak gembira (dengan keputusan itu).
“(Jadi) saya tak boleh beri jaminan (kerajaan) dapat puaskan hati semua pihak 100 peratus,” katanya.
Beliau ditemui media selepas merasmikan pelancaran Dasar Pembangunan Luar Bandar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya hari ini.
Mahathir memberi kenyataan itu apabila diminta mengulas mengenai kenyataan keluarga kedua-dua lelaki terbabit mengenai pelantikan anggota pasukan petugas khas oleh kerajaan.
Pasukan itu ditubuhkan Kementerian Dalam Negeri dianggotai enam tokoh, dengan bekas hakim mahkamah tinggi, Abd Rahim Uda, dipilih sebagai ketua.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment