Write For Us

Ahmad Maslan bidas Redzuan isu kereta terbang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
68 Views
Published
Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menyindir hasrat Kementerian Pembangunan Usahawan yang menyasarkan penggunaan kereta terbang untuk kegunaan industri seperti pertanian serta pengangkutan awam.
Memetik di Facebooknya, bekas Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, adalah lebih wajar untuk Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof mencadangkan pembinaan basikal terbang berbanding kereta terbang.
Menurut Ahmad maslan, jika kereta terbang dicipta, rakyat terpaksa membayar cukai jalan dan tol.
Redzuan dilaporkan berkata, bagi industri pertanian, kereta terbang boleh digunakan untuk memantau ladang-ladang selain turut digunakan untuk menjaga keselamatan di sempadan negara.
Beliau berkata, prototaip kereta terbang dijangka siap seawal-awalnya Jun ini dan kos penghasilan prototaip itu tidak melebihi RM1 juta selain ia dibiayai oleh pihak swasta.
Katanya, kereta terbang yang bakal direalisasikan tahun ini hanya untuk kegunaan industri pengangkutan dan bukan untuk dijual kepada orang awam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment