Senarai cadangan calon tidak rasmi bagi PRU14 Terengganu dikatakan telah pun dikeluarkan peringkat negeri untuk ditapis ke peringkat Pusat.
Sinar Online melaporkan senarai itu dikatakan sebagai maklumat sulit yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp baru-baru ini, turut menyenaraikan lebih 50 peratus muka baharu ditampilkan pada PRU14, di samping mengekalkan wakil rakyat sedia ada termasuk Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman serta beberapa bekas penyandang kerusi terdahulu.
Berdasarkan maklumat tersebut, senarai itu meletakkan Ahmad Razif yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus akan bertanding mewakili kerusi Parlimen Kuala Nerus.
Bagaimanapun, beberapa ketua bahagian tidak tersenarai, antaranya Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said yang juga Adun Kijal.
Ketua Umno Bahagian Besut, Nawi Mohamad yang juga Adun Hulu Besut dan Ketua Umno Bahagian Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafee (Adun Permaisuri) turut tidak tersenarai.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment