Write For Us

Dua MP BN digugur di Terengganu, Ahmad Said kekal

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
BN Terengganu mempertaruhkan anggota Jawatankuasa Umno Marang untuk menentang Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 bulan depan.
Mengumumkan perkara itu, Pengerusi BN Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata Mohamad Nor Endot yang berkelulusan SPM menjadi pilihan bagi mencabar presiden PAS berkenaan.
Abdul Hadi merupakan penyandang Parlimen Marang selama lima PRU sejak 1990 - kecuali pada 2004.
BN turut mengekalkan Datuk Seri Ahmad Sabery Cheek di Parlimen Kemaman, manakala bekas menteri besar yang pernah mencetuskan kontroversi, Datuk Seri Ahmad Said dikekalkan di DUN Kijal.
Razif pula mempertahankan kerusinya di Seberang Takir.
Menerusi pengumuman rasmi bagi calon BN Terengganu hari ini menunjukkan 16 daripada 17 ADUN parti itu kekal, manakala dua daripada empat anggota parlimen yang memenangi PRU lepas masih dinamakan sebagai calon.
Dua anggota parlimen yang digugurkan ialah Mohamad Zulkifli Jusoh (Setiu) dan Datuk Jailani Johari (Hulu Terengganu). Sebelum parlimen dibubarkan Jailani ialah timbalan menteri di Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Bagi menggantikan Mohamad Zulkifli, BN memilih Datuk Jidin Shafee yang juga penyandang DUN Pemaisuri, manakala Datuk Rosol Wahid mengisi tempat Jailani.
Bagi kerusi Kuala Terengganu, BN mempertaruhkan mantan setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail untuk menentang calon PAS, Ahmad Amzad Mohamad serta penyandang, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (AMANAH).
Bagi kerusi Parlimen Kuala Nerus pula, BN meletakkan pensyarah Universiti Sains Malaysia yang turut dikenali sebagai pakar motivasi, Tengku Asmadi Tengku Mohamad.
Dia akan mencabar ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali yang kini penyandang kerusi Kuala Nerus.
BN turut mengekalkan Datuk Idris Jusoh di Parlimen Besut.
Pada PRU lalu, BN memenangi 17 kerusi DUN, PAS 14 dan PKR 1. Bagi bagi kerusi parlimen pula BN dan PAS sama-sama memenangi empat kerusi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment