Air mata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berjuraian sebaik sahaja memulakan ucapan dasar presiden di Kongres Nasional Tahunan PKR ke 12, di Shah Alam.
Presiden PKR ketika mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat dan perwakilan tiba-tiba begitu sebak dengan menyatakan beliau hanya manusia biasa.
"Saya hanya manusia biasa, kasih sayang, kesetiaan, kesabaran dan ketaqwaan, semua itu dituntut.
"Mungkin diuji lebih sedikit dari tuan puan, namun dengan semangat dan sokongan tuan puan saya masih berdiri disini," kata ketua pembangkang itu sambil mengelap air matanya.
Terdahulu kongres PKR hari ini dimulakan dengan ucapan Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution dan disusuli dengan tayangan video kehidupan, perjuangan dan ketabahan ketua umum PKR itu.
Tayangan video berdurasi dua minit.
Namun, meskipun sebak anggota Parlimen Permatang Pauh itu tetap meneruskan ucapan dasarnya dengan menyentuh pertembungan sebenar pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang adalah antara Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan UMNO-BN.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment