Write For Us

Pesan Tun M sebelum Muktamar PAS buka tirai

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
124 Views
Published
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata PAS akan dilihat seolah-olah menolong Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka bertanding atas satu parti sahaja dan bukannya mewakili gabungan Pakatan Harapan pada PRU akan datang.
Menurut Mahathir, tindakan PAS itu akan memberi kemenangan selesa buat BN.
Mahathir mengulas ketika menjawab pertanyaan pemberita mengenai harapan BERSATU terhadap segala kemungkinan pada Muktamar PAS kali ini.
"Kita tak cuba mempengaruhi muktamar mereka, itu terpulang kepada mereka.
"Mereka tentu sedar bahawa kalau mereka bertanding satu parti sahaja, besar kemungkinan bukan sahaja mereka akan kalah tetapi BN akan menang, seolah-olah mereka menolong BN," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat BERSATU hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment