Write For Us

Aishah dakwa pernah digelar 'biawak' ketika berada dalam PAS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
126 Views
Published
Selebriti Wan Aishah Wan Ariffin, atau dikenali sebagai Aishah mengakui kecewa dengan perjuangan PAS yang dilihat tidak seperti dahulu lagi.
Ini kerana, kata Aishah, parti yang dulu komited menentang Barisan Nasional, kini tidak lagi 'menghalakan' tembakan ke arah musuh parti itu.
Kata Aishah, beliau pernah digelar 'biawak' ketika menjadi Pengerusi Lajnah Kesenian dan Kebudayaan Dewan Muslimat di dalam PAS.
"Saya rasa macam masuk dalam zoo. Tiba-tiba kena panggil biawak, kena panggil anjing.
"30 tahun saya menyanyi dalam industri seni. Orang semua lihat anak seni sebagai orang-orang yang jahil. Saya tak pernah tengok ketua kami orang seni'membiawakkan', 'menganjingkan' orang lain," luah Aisyah.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada satu program di Parit Buntar, Perak pada Ahad lalu.
Video tersebut dimuat naik secara langsung di Facebook Muhamad Nur Ismail.
Kata penyanyi 'Janji Manismu' lagi, beliau menyertai bidang politik kerana merasakan ada keperluan untuk berada dalam politik.
"Dari Umno, saya berhijrah (PAS)...mengharapkan berada di kalangan orang yang saya rasa mungkin lebih banyak ilmu untuk membimbing insan seni seperti saya.
"Kita semua ada keperluan untuk berada dan ambil tahu pasal politik," katanya.
Aishah kini antara selebriti yang menganggotai ahli AMANAH.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment