Siti Noor Aishah, yang kini di bawah tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma), pernah melafazkan ikrar taat setia kepada pemimpin IS, Abu Bakr al-Baghdadi.
Akhbar New Straits Times (NST) hari ini memetik sumber yang rapat dengan operasi pengganas itu sebagai berkata, bekas pelajar sarjana yang berusia 29 tahun itu berbuat demikian melalui aplikasi mesej Telegram yang terdiri daripada ahli-ahli tempatan sel IS.
Menurut laporan itu, pemimpin IS Malaysia di Syria, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, adalah saksi kepada ikrar taat setia Aishah.
Aishah kini berada ditahan di penjara Kajang di bawah Sosma kerana memiliki 12 buah buku yang didakwa berkaitan dengan keganasan.
Menurut laporan NST, Wanndy turut bertindak sebagai orang tengah untuk proses mengangkat sumpah yang dikenali sebagai baiah kepada ketuanya.
Proses, yang sebelum ini dijalankan di hadapan pemimpin IS, kini "sah" jika ia dilakukan melalui aplikasi media sosial, kata laporan itu.
Selain melafazkan taat setia kepada ketua, Aishah juga didakwa sebagai peserta yang aktif dalam kumpulan Telegram tersebut. Dia dikatakan sedang merancang untuk melarikan diri ke Syria untuk berperang bersama IS, dakwa sumber itu lagi.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment