Write For Us

NGO Islam ikrar taat setia pada Agong

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
173 Views
Published
Beberapa NGO Islam hari ini mengumumkan mereka akan mengadakan majlis upacara ikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong baru, Sultan Muhammad V.
Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Angkatan Melayu Islam Nusantara (GAMIN) Mohd Iqbal Zain berkata ikrar itu akan diadakan ekoran kebimbangan pihaknya terhadap masyarakat kini yang kurang mendaulatkan institusi Raja-raja.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur hari ini.
Jelasnya, budaya yang tidak sihat hari ini kini telah menular ke dalam masyarakat Islam.
Justeru Gamin akan mengadakan majlis taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong pada 4 Februari ini.
Mohd Iqbal turut menyasarkan kehadiran 10,000 pihak dari kumpulan NGO dan juga individu untuk sama-sama turun berikrar.
Mohd Iqbal berkata, tiga tiang seri itu adalah mengikut ajaran Ahli Sunah waljamaah dan menolak fahaman wahabi, Syiah, Liberalisme, Sekular dan Hisbut Tahrir.
Gamin juga menjunjung dan memelihara institusi Raja Melayu dan berikrar berperanan penting sebagai payung utama dalam hal berkaitan agama Islam mengikut undang-undang negara.
Sementara itu Mohd Iqbal berkata pihaknya akan memaklumkan lokasi majlis ikrar tersebut sedikit masa lagi.
Malah beliau berkata, majlis tersebut mungkin akan dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong kerana surat jemputan telah pun dihantar kepada baginda.
Sidang media Gamin hari ini penuh warna warni apabila kelihatan penyokong kumpulan itu hadir dengan pakaian kesultanan Melayu berserta keris dan tengkolok.
Bagi wanita pula ada di antara mereka yang memakai songket dan kain selempang seperti busana Melayu lama.
Mereka turut membawa potret Yang di-Pertuan Agong dan diletakkan Meja utama sidang media.
Gabungan itu terdiri daripada 450 NGO antaranya Pertubuhan ASWAJA, Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA), PEMBELA dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment