Write For Us

Pulau Pinang lafaz Ikrar Bebas Rasuah depan SPRM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
Pulau Pinang hari ini melafazkan dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan tambahan 10 langkah integriti dalam pentadbiran.
Majlis itu disaksikan dengan kehadiran Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Komtar pagi tadi.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata negeri itu ketika ini bukan negeri yang terakhir menyatakan komitmen secara sukarela untuk menandatangani IBR.
Bagaimanapun, Lim melahirkan rasa tidak puas hati dengan beberapa laporan media yang menggambarkan Pulau Pinang kononnya mengingkari inisiatif SPRM tersebut.
"Sebenarnya, pendirian Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat jelas bahawa sebarang ikrar tidak berkesan sekiranya tidak wujud political will atau iltizam politik untuk bertindak ke atas mereka yang menyeleweng atau merompak khazanah negara dan rakyat.
"Ini sebabnya, Kerajaan Negeri memperkenalkan 10 langkah integriti tersebut agar ia disusuli dengan tindakan konkrit, dan bukan sekadar menanam tebu di bibir," kata Lim.
Majlis itu membabitkan semua Exco Kerajaan Negeri, barisan ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan sertai Ketua-Ketua Agensi Kerajaan Negeri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment