Write For Us

AJK DAP Pulau Pinang ditangkap, bebas lepas 2 jam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
103 Views
Published
Ahli jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Jeffrey Chew Gim Eam pergi ke ibu pejabat polis di Jalan Patani untuk memberi keterangan mengenai klip video anti-DAP.
Bagaimanapun, apabila beliau tiba di ibu pejabat polis itu pada hari Selasa lalu, beliau ditangkap dan diarahkan melalui prosedur OKT (orang kena tangkap).
Namun, Chew tidak tergugat dengan kejadian itu, berkata beliau tidak melakukan sebarang kesalahan yang membolehkan penangkapan itu.
Menurut peguam RSN Rayer, polis sedang menyiasat Chew di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Chew ditahan selepas ahli majlis Bandar Raya Pulau Pinang, Grace Teoh Koon Gee membuat laporan polis mengenai video berdurasi 59 saat itu pada 23 April lalu.
Klip video yang menyinggung itu menunjukkan rakaman yang mengatakan undi untuk PKR bermakna undi bagi "pemimpin DAP rasis, hak-hak LGBT, nepotisme, kronisme, campur tangan asing serta pemansuhan hak dan sistem beraja Bumiputera".
Gambar pemimpin HARAPAN, termasuk Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dan gambar hartawan George Soros, editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, serta ahli perniagaan Vincent Tan dipaparkan dalam video tersebut.
Rakaman itu kemudian menyorot ke imej kertas undi dengan tanda pangkah yang ditandakan di dalam kotak logo BN. Pada awal video itu, tanda pangkah telah ditandakan di dalam kotak lambang PKR.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment