Write For Us

Majlis Ikrar Bebas Rasuah P.Pinang ditunda 4 Ogos - Guan Eng

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
116 Views
Published
Majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan tambahan 10 langkah integriti oleh kerajaan DAP Pulau Pinang yang dijadual esok ditunda ke minggu depan.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata pihaknya menunda majlis berkenaan berikutan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad tidak dapat hadir kerana berada di luar negara.
"Setiausaha politik saya Wong Hon Wai sudah menghantar surat jemputan kepada ketua pesuruhjaya SPRM untuk menyaksikan majlis menandatangani IBR ini.
"Tapi saya dimaklumkan sekarang beliau berada di luar negeri dan minta ditangguhkan ke minggu depan. Bagi menunjukkan keikhlasan kami menandatangani IBR ini, kami akan tangguh seperti yang diminta dan mungkin kami akan adakan pada Jumaat minggu depan," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.
Semalam, Lim dalam kenyataan berkata kerajaan negeri akan menjemput Dzulkifli ke majlis IBR dengan tambahan 10 langkah integriti di KOMTAR, esok.
Sabtu lepas, Dzulkifli dipetik sebagai berkata bahawa SPRM kesal dengan keengganan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menandatangani IBR bagi menunjukkan komitmen untuk memerangi musuh nombor satu negara itu.
Lim berkata majlis berkenaan diadakan pada hari Jumaat bagi membolehkan semua anggota Parlimen dan anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hadir kerana sidang Dewan Rakyat tidak diadakan pada hari itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment