SPRM sedang meneliti satu lagi urusan hartanah oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), lapor akhbar New Straits Times hari ini.
Kali ini, ia melibatkan pembelian hotel tiga bintang - Grand Borneo Hotel - di Kota Kinabalu, Sabah yang dibeli oleh FIC pada tahun 2012 pada harga RM86.4 juta.
Memetik sumber, akhbar itu melaporkan bahawa siasatan kini difokuskan untuk menentukan sama ada pemilikan hotel berkenaan dilakukan dengan cara sama seperti dua hartanah milik FIC yang di bawah siasatan oleh SPRM - Park City Grand Plaza di Kensington, London, dan Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak - yang menurut penyiasat, kedua-duanya dibeli pada harga yang melambung.
Hotel berkenaan sebelum ini diletakkan di bawah pengurusan Felda Travel Sdn Bhd, anak syarikat Felda, tetapi diambil alih oleh FIC pada Julai tahun lalu.
"Apabila penyiasat meneliti pembelian hotel di London itu, maklumat timbul mengenai Merdeka Palace. Atas sebab itu, kami memulakan siasatan berhubung pembelian berkenaan.
"Ini sama juga dengan perjanjian jual-beli Grand Borneo Hotel," kata sumber itu.
Bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad kini ditahan reman untuk membantu siasatan berhubung isu pembelian dua hotel di London dan Kuching pada tahun 2014 dan 2015, serta kemungkinan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
Beliau ditahan Selasa lalu semasa hadir ke ibu pejabat SPRM untuk merakamkan kenyataannya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment