Write For Us

Isu Felda: SPRM didesak siasat laporan Ketua Audit Negara - Anak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
171 Views
Published
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan menyeluruh berkaitan Laporan Ketua Audit Negara mengenai urus tadbir, kepincangan dan penyelewangan Felda.
Presidennya, Mazlan Aliman berkata ini kerana laporan audit yang dikemukakan baru-baru ini telah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai perjalanan urus tadbir syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.
Mazlan berkata demikian kepada pemberita di perkarangan ibu pejabat SPRM, Putrajaya hari ini.
Mazlan berkata demikian menerusi aduan yang dilaporkan kepada SPRM.
Terdahulu Mazlan bersama-sama Pengerusi Hisbah Center, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor menyerahkan satu memorandum kepada wakil SPRM Norliza Adnan berhubung Laporan Ketua Audit Negara mengenai urus tadbir, kepincangan dan penyelewangan di dalam Felda.
Sementara itu, Ezam juga turut mendesak SPRM mengeluarkan laporan segera berhubung aduan mereka itu.
Ezam berkata laporan segera itu penting kerana ia melibatkan kepentingan awam dan wang rakyat apatah lagi dengan pelbagai isu yang membelit Felda hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment