Write For Us

SPRM siasat bekas gabenor Bank Negara - laporan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyoal siasat bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim, lapor portal The Star Online hari ini.
Ia berhubung isu pembelian 22.5 hektar tanah kerajaan berharga RM2 bilion oleh bank pusat berkenaan pada Januari tahun ini yang didakwa bagi menyelamatkan 1MDB.
Memetik sumber SPRM, laporan itu mengatakan pegawai-pegawai lain di bank pusat itu turut dipanggil untuk disoal siasat.
Bank Negara sebelum ini mengatakan ia sedang menjalankan siasatan dalaman mengenai jualan tanah berkenaan dan beberapa "pegawai yang berkaitan" telah diminta bercuti sementara siasatan dilakukan.
Siasatan SPRM tidak akan mengganggu siasatan bank pusat itu, kata sumber tersebut.
The Star Online melaporkan Muhammad disoal lebih daripada sekali.
Pada bulan Jun tahun ini, Muhammad menawarkan diri untuk meletak jawatan selepas berkhidmat lebih dua tahun, meskipun tempoh perkhidmatannya masih berbaki tiga tahun lagi.
Beliau menafikan membantu kerajaan BN membayar balik hutang 1MDB dengan menyatakan tidak mempunyai kawalan ke atas bagaimana kerajaan berhasrat membelanjakan hasil daripada jualan plot tanah berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment