Write For Us

Gabenor Bank Negara letak jawatan - PM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan Gabenor Bank Negara Tan Sri Muhammad Ibrahim telah meletakkan jawatan.
Mahathir berkata, penggantinya masih belum diputuskan kerana ia perlu mendapatkan perkenan yang di-pertuan agong terlebih dahulu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Putrajaya selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet mingguan.
Muhammad dilantik sebagai gabenor pada 1 Mei 2016, menggantikan Tan Sri Zeti Akthar Aziz.
Peletakan jawatan itu dibuat di tengah-tengah laporan beliau ditekan berundur selepas dilihat sebagai “orang” bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Semalam, bekas timbalan gabenor Bank Negara Nor Shamsiah Mohd Yunus disebut-sebut bakal dilantik mengetuai bank pusat itu bagi menggantikan Muhammad, jika penyandang itu berundur.
Agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan rundingan sedang diatur dengan Nor Shamsiah berhubung perkara berkenaan.
Nor Shamsiah sebelum ini dilapor terbabit dalam pelan pengukuhan dasar sistem perbankan semasa Asia dilanda krisis kewangan.
Nor Shamsiah meninggalkan Bank Negara pada November 2016, tujuh bulan selepas gabenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berundur.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment