Write For Us

'SPRM diminta siasat laporan Rafizi tentang rasuah, wanita di Selangor'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
114 Views
Published
Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM) hari ini menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mengambil perhatian sewajarnya terhadap laporan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mengaitkan kepimpinan kerajaan Selangor dengan rasuah wang dan wanita.
Presiden GAUM Zulkarnain Mahdar berkata Rafizi yang juga anggota Parlimen Pandan membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan itu pada 30 Mei tahun lepas, namun sehingga kini SPRM masih tidak menyatakan perkembangan siasatan berhubung tuduhan tersebut.
"Dakwaan Rafizi selaku naib presiden PKR tidak boleh dipandang ringan kerana sudah tentu dia mempunyai maklumat berkenaan amalan rasuah oleh pimpinan kerajaan negeri Selangor," katanya kepada pemberita selepas menghantar memorandum itu di ibu pejabat SPRM hari ini.
Zulkarnain berkata memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Pengarah (Bahagian Komunikasi Strategik) SPRM Kamaruddin M. Ripin.
Memorandum itu antara lain mencadangkan SPRM menubuhkan pasukan tindakan khas bagi menyiasat dakwaan Rafizi itu memandangkan kerajaan negeri Selangor mempunyai rizab kewangan yang tertinggi di negara ini.
Pada 30 Mei 2016, Rafizi tampil di Ibu Pejabat SPRM bagi membuat laporan dan mengemukakan bukti berhubung salah laku pentadbiran kerajaan negeri Selangor serta individu-individu yang didakwanya terlibat.
Selain kes itu, Zulkarnain berkata memorandum tersebut turut meminta SPRM menyegerakan siasatan terhadap bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan pemberian projek kepada seorang kontraktor Datuk Peter Anthony.
Katanya GAUM telah membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan itu pada 8 Mac lepas namun sehingga kini kedua-dua individu terbabit masih belum dipanggil untuk memberi keterangan.
Laporan itu dibuat susulan pendedahan sebuah blog yang mendakwa berlaku penyalahgunaan dana dalam projek bekalan air di Pulau Gaya, Sabah yang bernilai RM100 juta.
Menurut blog tersebut, tender projek itu yang dikeluarkan semasa Mohd Shafie menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sepatutnya siap pada September 2015 masih bermasalah dan bekalan air gagal disambungkan kepada penduduk yang disasarkan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment