Write For Us

Bekas bos SPRM dipanggil bantu siasatan laporan audit 1MDB

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dzulkifli Ahmad hadir ke bangunan ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini bagi memberikan keterangan berhubung laporan audit 1MDB.
Dzulkifli tiba di bangunan SPRM pada pukul 10.25 pagi menaiki kereta SUV hitam, dengan bersut hitam dan berkemeja putih.
Beliau kelihatan tenang ketika berjalan ke pintu utama sambil tersenyum dan melambai ke arah pemberita yang menunggu di lobi.
Dzulkifli dipercayai hadir bagi membantu siasatan berhubung dakwaan Ketua Audit Negara Madinah Mohamad 23 Nov lalu bahawa laporan audit asal 1MDB telah dipinda atas arahan bekas perdana menteri Najib Razak.
Madinah turut mendakwa bekas ketua setiausaha sulitnya Shukry Salleh pada Feb 2016 mengarahkan bahagian yang menyebut tentang kehadiran ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low pada mesyuarat lembaga pengarah 1MDB, dikeluarkan daripada laporan itu.
Pada 26 Nov lalu, SPRM turut memanggi bekas ketua audit negara, Ambrin Buang memberi keterangan bagi membantu siasatan kes sama.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment