Write For Us

Madinah pertahan kenyataan laporan audit 1MDB dipinda

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad mempertahankan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diubah seperti mana dalam kenyataan media pada bulan lalu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Ronald Kiandee, pihak PAC mendapatkan keterangan daripada Madinah selaku ketua audit negara dan pasukannya serta berpuas hati dengan perjalanan prosiding itu memandangkan banyak maklumat yang diperolehi.
"Seperti dinyatakan dalam kenyataam akhbar Madinah, beliau memberitahu laporan audit 1MDB telah diubah dan beliau memberi keterangan menunjukkan laporan audit itu telah diubah.
"Tentu sekali kita siasat sama ada laporan audit berkenaan 1MDB itu diubah atau tidak," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
Pada 25 November lalu, Madinah mendedahkan bahawa beberapa bahagian dalam laporan audit asal 1MDB dipinda atas arahan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Antara bahagian yang diubah, menurut dakwaannya, ialah kehadiran ahli perniagaan Low Taek Jho dalam salah satu mesyuarat lembaga pengarah 1MDB dan berkenaan penyata kewangan 2014 syarikat itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment