Write For Us

Dakwaan pinda laporan audit 1MDB: Najib, Arul Kanda akan dituduh bersama

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
78 Views
Published
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan pendakwaan untuk mengenakan perbicaraan bersama ke atas bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Arul Kanda atas dakwaan meminda laporan audit syarikat itu.
Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi membuat keputusan itu setelah mendengar permohonan oleh pihak pendakwa Gopal Sri Ram, dengan peguam bela, Arul N Sivananthan berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang bantahan.
Berikutan permohonan itu, tuduhan terhadap Arul kerana didakwa bersubahat bersama dengan Najib dalam pindaan dokumen itu dibacakan semula di hadapan Azura.
Arul berkata beliau memahami pertuduhan itu dan meminta dirinya dibicarakan. Azura kemudian menetapkan kes itu dibicarakan pada 1 Mac.
Gopal, yang juga adalah pendakwa utama, memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka akan memohon supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Kes ke atas Arul pada mulanya dibicarakan oleh hakim mahkamah sesyen Rozina Ayob, yang awal pagi ini membenarkan permohonan Gopal untuk memindahkan kes itu ke mahkamah Azura.
Pada 12 Disember, Najib dan Arul didakwa secara berasingan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung dengan dakwaan meminda laporan audit 1MDB.
Najib mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan jawatannya untuk mengarahkan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.
Pada 25 Nov lepas, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad mendedahkan Najib mengarahkan pindaan dilakukan terhadap Laporan Akhir Pengauditan 1MDB menerusi pengguguran beberapa perenggan.
Antara pengguguran maklumat itu ialah membabitkan kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment