Write For Us

Keterangan Nafisah bantu siasatan laporan audit 1MDB 'dipinda'

Loading...
11.11 Single Day
48 Views
Published
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata keterangan yang diberikan oleh pengarah sektor audit kerajaan Saadatul Nafisah Bashir Ahmad hari ini dilihat dapat membantu siasatan berhubung dakwaan laporan audit 1MDB dipinda.
Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata, prosiding yang berjalan selama dua jam setengah itu melibatkan soalan berkaitan laporan 1MDB yang diubah sepertimana yang didakwa oleh Ketua Audit Negara Madinah Mohamad.
Untuk rekod, Nafisah merupakan individu yang disebutkan dalam ruangan pojok Awang Selamat dalam Utusan Malaysia yang didakwa menyimpan salinan asal laporan audit 1MDB.
Nafisah dikatakan menyerahkan laporan itu kepada Pengarah Sektor Audit Tadbir Urus Nor Salwani Muhammad yang seterusnya menyerahkan salinan itu kepada Madinah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment