Write For Us

Rafizi buat laporan SPRM, mahu fokus siasatan ke atas 1MDB, SRC

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
108 Views
Published
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai akuan bersumpahnya bahawa bekas pemimpin PAS Nasharudin Mat Isa menerima dana SRC International Sdn Bhd.
“Tumpuan utama saya ialah untuk menunjukkan dan membawa kembali isu SRC dan 1MDB kerana SRPM telah pun menyiapkan semua siasatan.
“Kita mahu SPRM menyiasat bukan sahaja sampai kepada Nasharudin tapi sampai ke siapa selepas itu dan bagi tujuan apa dan juga untuk menyiasat semua penerima-penerima lain,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.
Rafizi semalam membuat suatu akuan bersumpah bahawa bekas timbalan presiden PAS itu adalah orang yang menerima dana daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment