Write For Us

Laporan: Siasatan jenayah DOJ terhadap dakwaan salahguna dana 1MDB

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat dilaporkan kini melakukan siasatan jenayah ke atas dakwaan penyalahgunaan dana 1MDB.
Bloomberg melaporkan, pegawai DOJ meminta seorang hakim di Los Angeles untuk menangguhkan saman sivil bagi merampas aset yang dikatakan dibeli oleh ahli perniagaan, Jho Low menggunakan dana berkaitan dengan 1MDB, kerana ini mungkin mempunyai "kesan" terhadap keupayaannya untuk menjalankan siasatan jenayah.
Ini dilapor didedahkan di dalam pemfailan mahkamah pada Khamis.
Bloomberg melaporkan lagi bahawa ejen, dalam satu perisytiharan mahkamah, memberi amaran bahawa maklumat yang didedahkan dalam saman sivil boleh mendedahkan "sasaran dan subjek sasaran penyiasatan dan teknik penyiasatan yang telah dan akan digunakan dalam siasatan itu".
Katanya, pendedahan sedemikian boleh mengakibatkan pemusnahan bukti atau potensi intimidasi terhadap saksi.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan laporan itu secara bebas tetapi telah menghubungi DOJ untuk menentukan sejauh mana penyiasatan jenayah itu.
DOJ telah memfailkan tiga saman sivil untuk merampas lebih daripada AS$1.7 bilion aset yang ia dakwa dibeli menggunakan dana yang didakwa disalahgunakan dari 1MDB.
Pemfailan itu mendakwa Jho Low telah menjadi individu utama dalam dakwaan penyelewengan dana 1MDB itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment