Lima wanita terpaksa menanggung derita apabila mereka mengalami simptom muntah, mual dan sakit perut selepas minum produk minuman kesihatan tiruan.
Kejadian berlaku Ahad lalu apabila semua mereka membeli produk minuman kesihatan untuk wanita itu di dua premis sekitar Bukit Jambul.
Bertindak daripada maklumat itu, sepasukan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang bersama wakil pemilik cap dagang melakukan operasi 2 petang, pada Rabu 11 Disember.
Ketua Penguat Kuasa KPDNHEP Pulau Pinang, Chin Ching Chung berkata, dalam serbuan itu pihaknya merampas dan menyita 57 botol minuman kesihatan disyaki tiruan bernilai RM1,596.
Katanya, pihaknya mendapati produk minuman tiruan untuk kesihatan wanita itu dijual dengan harga RM18 sebotol berbanding yang asli bernilai RM32.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment