Write For Us

Aksi Baju Merah buat kerja amal bantu rakyat, tidak tentang Konvoi BERSIH 5

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
190 Views
Published
Kumpulan Baju Merah tidak akan berdepan dengan peserta BERSIH hari ini kerana mereka akan sibuk dengan kerja kebajikan.
Video tersebut dirakam pengguna Facebook, Romy Irwan Shah.
Semalam, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos, dalam Facebooknya berkata pihaknya akan bergotong-royong membantu penduduk kampung yang sedang diancam oleh air pasang besar yang dijangkakan hari ini.
BERSIH kini sedang mengadakan siri jelajah seluruh negara untuk membina momentum sebelum perhimpunan bulan depan.
Kumpulan Baju Merah, yang mengancam untuk bertembung dengan peserta BERSIH 5 pada perhimpunan 19 November depan juga telah mengganggu siri jelajah itu.
Kumpulan Baju Merah dan aktivis BERSIH telah bertembung selama dua hujung minggu lalu apabila Jamal dan pengikutnya cuba menyekat konvoi baju kuning.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment