Write For Us

Aksi Baju Merah protes, tunggu Jamal di Malaysiakini

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
219 Views
Published
Sekumpulan penyokong Baju Merah berkumpul dan menyanyikan lagu semangat kenegaraan di luar perkarangan berhampiran pejabat Malaysiakini.
Mereka berkumpul bagi menanti kedatangan Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Rabu lalu, Jamal memberi amaran bahawa sebahagian bangunan Malaysiakini akan runtuh jika dakwaan portal ini menerima dana hartawan George Soros tidak diperjelas.
Dalam pertemuan Jamal pada Rabu lalu, pengarang-pengarang Malaysiakini menjelaskan berkaitan sumber kewangan mereka dan berkaitan dana Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan Soros untuk menghasilkan program berita berkaitan Sarawak di KiniTV.
Malaysiakini juga menjelaskan maklumat berkaitan bukan rahsia dan telah dimuatkan di laman web dan boleh dibaca oleh sesiapa sahaja, manakala aspek kewangan sudah diaudit setiap tahun dan terbuka kepada penelitian Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment