Write For Us

Jamal mahu bawa baju merah ke Malaysiakini pula

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
150 Views
Published
Pemimpin baju merah yang berkaitan dengan Umno, Datuk Seri Jamal Md Yunos mahu penyokongnya untuk berhimpun dan membantah di luar pejabat Malaysiakini Sabtu ini.
“Kami lihat tempat ini (pejabat Malaysiakini) sesuai kerana Malaysiakini adalah juga penerima dana (George) Soros,”katanya kepada pemberita di luar balai polis daerah Dang Wangi petang ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Md Amin Nordin Abdul Aziz yang berkata Dataran Merdeka adalah kawasan larangan bagi penyokong baju merah dan juga kepada penyokong BERSIH.
Sementara itu, Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, berkata adalah hak demokrasi bagi kumpulan baju merah mengadakan bantahan secara aman.
"Kami telah memberikan penjelasan terperinci mengenai dana yang diperolehi daripada Open Society Foundation (OSF) dan lebih daripada bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa sekiranya ada siasatan.
"Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Malaysiakini bukan mahu menjatuhkan kerajaan tetapi sebaliknya menuntut mereka yang berkuasa bertanggungjawab terhadap rakyat," ujarnya
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment