Write For Us

Selepas Malaysiakini, Jamal 'Baju Merah' mahu protes Majlis Peguam pula

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
163 Views
Published
Gerakan Baju Merah dijangka akan mengadakan demonstrasi besar-besaran ke atas Majlis Peguam yang didakwa cuba menjatuhkan kerajaan melalui aktiviti daripada dana yang dikaitkan bilionair, George Soros.
Ketuanya, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata Majlis Peguam menjadi 'alat pemantau' oleh Soros supaya menentang untuk menjatuhkankerajaan yang dipilih melalui sistem demokrasi.
Jamal berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di luar lobi Parlimen.
Menurut Jamal, pihaknya juga sedang berbincang dengan pengamal-pengamal perundangan bagi memberi panduan dan nasihat dari segi undang-undang sebelum demonstrasi tersebut dilancar secara besar-besaran.
Kumpulan itu pada Khamis dan Sabtu lalu berhimpun di pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya bagi menuntut penjelasan dan mendesak penutupan portal berita ini.
Malaysiakini telah menjelaskan geran diterimanya daripada Open Society Foundation (OSF) digunakan untuk menghasilkan laporan berkaitan hal ehwal Sarawak bagi Kini TV.
Ia hanya sebahagian kecil daripada pendapatan Malaysiakini yang menjana hasil melalui iklan dan langganan.
Malaysiakini juga tidak terlibat dalam sebarang usaha menggulingkan kerajaan, selain tidak dikawal mana-mana pihak luar dalam proses pembuatan keputusan.
Sementara Majlis Peguam pula menjelaskan badan itu menerima geran AS$53,757.12 (RM15,000) daripada OSF sebagai geran untuk kajian mengenai pekerja asing di Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen, majlis tersebut, Datuk Seri MRamachelvan kajian itu antara lain untuk mengenal pasti kaedah perundangan sedia ada untuk pekerja asing.
Ia juga berkaitan jurang untuk pekerja asing mendapatkan akses kepada sistem undang-undang, mahkamah perindustrian, tribunal pentadbiran serta akses kepada keadilan di Malaysia.
Selain Malaysiakini dan Majlis Peguam, BERSIH dan pusat kajian bebas Merdeka Center turut disiasat polis.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment